Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim
Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim

Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim

Youth for Climate Strike atau Thunbergjugend[1] (Bahasa Melayu: Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim) merupakan tunjuk perasaan dari kalangan pelajar di seluruh dunia yang meminta pemimpin (dalam hal ini PBB) agar mengatasi perubahan iklim.[2] Untuk pelajar, mogok ini diadakan pada hari Jumaat, 27 September 2019 bersamaan dengan tunjuk perasaan perubahan iklim September 2019.Tunjuk perasaan ini melibatkan sekitar lebih 1 juta belia[3] dari 150 negara.[4] Tunjuk perasaan dilaporkan dilakukan di New Zealand dan Australia.Di New Zealand, 170 ribu pelajar[5] mogok sekolah dan turun ke jalan memprotes perubahan iklim dengan membawa sejumlah sepanduk berisikan protes mereka. [6]Di Australia, ratusan ribu pelajar turun ke jalan bersama warga lain melakukan tunjuk perasaan perubahan iklim ini. Kedua-dua tindakan ini diilhamkan dari aktivis Sweden, Greta Thunberg yang berusia 16 tahun.

Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim

Status Aktif
Tarikh Sejak 20 Ogos 2018, kebanyakannya pada Jumaat, kadangkala pada Khamis, Sabtu atau Ahad
Matlamat Mitigasi perubahan iklim
Lokasi
Antarabangsa
Punca Tindakan politik terhadap pemanasan sejagat
Kaedah Mogok pelajar